salam....aku ni sorang yg boleh dikatakan gugup @ takut la bila nk present ape2 dalam kelas....mcm2 cara dulu dh aku buat..ada kata tarik nasf panjang...bila aku duk kat depan nafas dh x panjang dh...segalanya jd pendek...waktu praktikal nk present elok je panjang.....bila present betul2 jd pendek pula presentatation tu....ni ada artikel yg maybe korang leh ambil utk hilangkan gugup....maklum la kat u x kan terlepas utk present ye tak......SOALAN:
SAYA berhadapan dengan tekanan perasaan yang kadangkala tidak dapat dikawal. Pernah saya merasakan jiwa ini begitu kosong sehingga apa yang dilakukan serba tidak kena dan tidak bermakna. Saya berasa terlalu rendah diri dan banyak kekurangan dan tidak cantik pada mata masyarakat.
Saya juga mengalami perasaan bimbang dan risau yang melampau sehingga sukar tidur malam dan gugup untuk membuat sebarang persembahan di khalayak ramai.
Bolehkah puan memberi panduan menangani masalah ini supaya saya dapat menikmati hidup lebih bermakna dan mempunyai keyakinan diri. Apakah doa harian yang boleh saya amalkan?
Syerry
JAWAPAN:
Langkah pertama membangunkan keyakinan diri ialah memberi perhatian keadaan diri lahir dan batin. Kebersihan jiwa terlihat daripada kebersihan pakaian. Satu hal yang anda harus yakini daripada pendapat bijak pandai, "orang yang bajunya kotor, maka jiwanya pun kelabu"
Begitulah penilaian orang terhadap penampilan fizikal. Ini bermakna untuk membangunkan personaliti yang hebat harus diberi perhatian serius bagaimana kebersihan fizikal anda, yang meliputi muka dan air muka, mata termasuk mengurus pandangan mata dan bibir termasuk membentuk kata-kata. Selain itu, tampilkan kemahiran mengurus komunikasi lisan anda.
Jika minda negatif, tidak akan terhasil ayat dan penampilan yang positif kerana jika minda negatif maka emosi akan turut negatif. Hasil gabungan elemen negatif ini akan tampil tingkah laku negatif. Menurut kajian, ramai orang menjadi bingung hingga hilang keyakinan bermula dari pakaian yang kotor, penampilan berubah-ubah, pejabat dan tempat kerja serabut, sampah bertaburan, banyak janji tidak tertunai atau program harian kacau bilau dan tidak terurus.
Anda tidak akan membina keyakinan hasil daripada keadaan ini kerana alam ini diciptakan oleh Allah dalam keadaan sangat teratur dan bersistem. Ini bermakna manusia harus menyedari hakikat orang yang benar-benar beragama itu diutus ke bumi untuk membina kehidupan hamba yang penuh peraturan dan disiplin. Sama ada mereka orang besar atau orang kecil, kaya atau miskin. Kemudian mulakan mengatur jadual masa untuk membaca, masa untuk bekerja dan masa untuk ibadah khusus dan ada waktu untuk istirahat.
Sesudah itu lihat pesanan Allah melalui hadis Al-Bukhari yang berbunyi "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan". Ini bermakna Allah mencintai keindahan, yang bermula dengan keindahan fizikal, muka dan kebersihan diri, indah perlakuan, indah pertuturan dan indah budi pekerti lalu diikuti indah ibadah dengan manusia dan indah ibadah dengan Allah, serta menjaga indah dalam semua gerak geri seharian. Keindahan yang dimaksudkan bukan keindahan bermusim atau pura-pura. Keindahan itu mesti jadi pakaian harian yang lekat pada pemakainya.
Menurut ahli psikologi, orang yang kemas akan kelihatan tenang, pertuturan dan air muka jernih, yang baik menjadi daya tarikan pertama memulakan hubungan dan membuat pemiliknya memperoleh keyakinan diri yang berkekalan. Dalam hadis yang lain dipesankan "Berhiaslah sehingga kalian seakan-akan laksana tahi lalat pada mata manusia" ini bermakna anda kelihatan jadi penyeri di mana saja anda berada.
Jika ini dapat dibina melalui penambahan ilmu, memilih insan contoh yang dapat diteladani seperti pekerti dan gaya penampilan, Rasulullah SAW dan isteri-isteri baginda serta tokoh lain yang sesuai dengan pilihan anda. Namun langkah paling penting ialah kesediaan membuat perubahan. Sebab itu yakinlah pesanan dari (QS Al-Hijr:21) yang bermaksud "Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu" ini janji Allah , apa yang anda buat Allah akan berikan mengikut usaha yang anda lakukan.
Maka yakinlah yang anda mahu berubah dan sedang berusaha mengubah diri kepada yang positif dengan izin Allah.
dari laman web http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090207145106/Article/index_html(dilihat pada 25 feb 09)
0 comments:
Post a Comment