WAH....DAH ARI JUMAAT
Homoseksual(Gay)
salam sume....aku saje jer bukak topic nie....coz aku rasa dh tiba masanyer aku akan open artikel mcm nie.....gay or homo ni bg aku bukan penyakit but naluri masing2...tp ingat...kalo rasa diri tu normal...jangan berangan nk jadi gay pulak...kalo dh terjun ke dunia gay ni....mmg susah nk kuar balik...percaya la cakap aku....tp kalo nk tolong gay ni aku x dapat coz aku ni pun bukan baek pun...jahat lg banyak dr bail rasanyer....ni ada lg satu artikel berita harian pasal homo or gay nie yg nk jadi baik semula....hope korang kat luar boleh manfaatkan artikel yg baik mcm nie...n praktikkan dlm diri korang...kalo rasa tak terbantukan diri...bantu la kawan2 sekeliling...k...enjoy the artikel...SOALAN:
SAYA seorang lelaki yang meminati lelaki. Saya pelik dengan diri sendiri kerana saya tidak pernah tinggal solat, selalu berdoa kepada Allah, menjaga aurat, membaca al Quran dan tidak menonton video lucah. Namun, saya masih juga meminati lelaki. Saya cuba melakukan perkara yang dilakukan oleh lelaki normal seperti bercakap mengenai seks dan wanita, tetapi saya tetap begini. Perkara ini sangat menyeksakan kerana saya juga bernafsu. Ingin mencinta dan dicintai. Saya tidak pernah terjebak dalam kancah maksiat lagi setakat ini kerana saya masih berada di zon selesa. Apa yang merisaukan, saya kini sudah meninggalkan zaman sekolah dan memasuki universiti. Bagaimanakah, cara untuk saya meminati wanita kerana saya tiada nafsu langsung terhadap golongan itu?
Lelaki X.
JAWAPAN:
JEJAKA yang sedang diuji, jika anda masih sangat tinggi keyakinan dengan akal, perasaan, hati dan tindakan maka anda tidak wajar bersedih kerana Allah memakbulkan permohonan seseorang di mana saja mereka berada. Ia sesuai dengan usaha dan harapan mereka kepada Tuhan melalui kepercayaan dan cara sembahan mereka, mana mungkin Allah tidak memakbulkan doa dan permohonan seorang Muslim yang bertauhid seperti anda.
Contoh terbaik ialah yang dipaparkan dalam sejarah hidup Mahatma Gandhi, seorang pemimpin paling popular selepas Buddha. Beliau telah mengakui dengan mengatakan begini ‘seandainya saya tidak sembahyang, pasti saya telah menjadi orang gila sejak dulu’. Pemimpin India ini menghadapi pelbagai rintangan yang menghancurkan diri dan perjuangan yang dimulakannya, tetapi beliau mendapat inspirasi daripada kekuatan yang ada pada sembahyang yang dilakukannya.
Di atas keyakinan inilah maka sewajarnya orang yang benar-benar beriman kepada Allah memahami sebab musabab al-Quran diturunkan. Oleh itu, jika Allah sudah bertakhta di hati, mana mungkin jasad dan minda serta perasaan kita tergenggam oleh iblis melalui gejolak nafsu yang menyimpang dari fitrah kejadian manusia.
Jika gejolak nafsu ini gagal dikendalikan oleh minda dengan ilmu, emosi melalui rasa dan hati melalui penghayatan dan masih belum berasa diperhati dan dinilai oleh Tuhannya bermakna hubungan antara minda (ilmu) perasaan dan hati kita belum bulat. Kita belum mentaati Allah secara spiritual, sebaliknya hubungan kita hanya secara ritual (buat apa yang diperintah secara amalan tanpa berasa terhubung hatinya dengan Pencipta).
Ketiadaan rasa terhubung inilah yang menyebabkan anda masih terperangkap dengan permainan iblis yang bersenjatakan nafsu lalu mendorong dan memerintah anda untuk menurut perintah nafsu syahwat yang di luar fitrah yang ditetapkan Allah.
Di sini, Umi paparkan kisah untuk anda hayati supaya dapat melakukan pembaikan diri dan membina benteng agar tidak menjadi kuda tunggangan nafsu jahat yang merosak keyakinan beragama anda.
Kisahnya begini, Dr Carl Jung seorang pakar sakit jiwa terkenal menulis buku bertajuk “The Modern Man In Search of Spirit” dalam halaman 264 menyatakan selama 30 tahun ratusan pesakit datang menemui saya untuk mendapatkan rawatan. Semua pesakit saya dicadangkan agar kembali membina kehidupan beragama sebagai gaya dan pegangan hidup. Oleh kerana saya mendapati mereka yang jatuh sakit disebabkan kehilangan apa yang telah diberikan oleh agama kepada orang beriman, saya menegaskan kepada pesakit saya bahawa jika mereka belum mampu mengembalikan keimanannya yang sejati, mereka tidak akan mampu disembuhkan”.
Keyakinan beliau ini dapat diselarikan dengan penjelasan dari Allah (QS Thaha:123) yang bermaksud “Dan barang siapa berpaling dari mengingati Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Jika ini janji Allah maka perbaikilah gaya hidup anda sebagaimana Nabi Muhammad menjaga dirinya dengan memohon kepada Allah setiap hari dengan doa “ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, berkahnya, pertolongannya, cahayanya dan hidayahnya.”
Gunakanlah doa ini dan hayati pesanan Thabit ibn Zuhair yang berbunyi “Jika seseorang tidak berusaha, padahal nasibnya telah mengharuskannya berusaha, dia mensia-siakan nasibnya, dan akan ditinggalkan. Tetapi orang yang bersemangat waja tidak pernah menyerah pada ujian akan selalu melihat masalah dengan mata terbuka, maka dia adalah penebus zaman, yang selalu bergerak, hingga jika ditutup satu pintu, dia akan merobos pintu yang lain.”
Akhir sekali sentiasalah membaiki diri dengan membersihkan minda dari memikirkan yang negatif, membimbing emosi agar sentiasa positif dan mendengar suara hati sendiri kerana Allah membimbing hambanya melalui suara hati yang ada di dalam jiwa lalu bergeraklah membuat apa yang diperintah dan benteng diri agar tidak dipujuk iblis berkelakuan melawan Tuhan. Antara bentengnya yang dibekalkan Allah ialah “Ya Rabb kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum-kaum yang kafir.” QS Ali ‘Imran:147.
Umi doakan agar anda mampu membenteng nafsu serong anda sebagai mana anda menahan diri anda ketika anda berpuasa. Sesungguhnya berpuasa itu benteng yang paling kukuh kepada nafsu dan Iman. Selamat memuhasabah diri dan ingatlah bahawa kita ini adalah hamba Allah dan milik Allah. Bangunkan jiwa melalui keyakinan bahawa Allah menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Mana mungkin anda diberikan yang salah, tetapi perasaan itu adalah ujian untuk melihat sama ada anda beriman kepada Allah atau bertuan kepada nafsu.
Didoakan agar terus menghargai dan menjaga fitrah anugerah Allah. Jadikanlah diri anda benar-benar hamba Allah bukan hamba dunia dan bukan hamba nafsu. Bersegeralah meraih cinta Allah sebelum memburu cinta manusia. Umi yakin anda mampu memilik jalan ke syurga dan menahan diri dari terhumban ke neraka. Amin.
GUGUP
salam....aku ni sorang yg boleh dikatakan gugup @ takut la bila nk present ape2 dalam kelas....mcm2 cara dulu dh aku buat..ada kata tarik nasf panjang...bila aku duk kat depan nafas dh x panjang dh...segalanya jd pendek...waktu praktikal nk present elok je panjang.....bila present betul2 jd pendek pula presentatation tu....ni ada artikel yg maybe korang leh ambil utk hilangkan gugup....maklum la kat u x kan terlepas utk present ye tak......SOALAN:
SAYA berhadapan dengan tekanan perasaan yang kadangkala tidak dapat dikawal. Pernah saya merasakan jiwa ini begitu kosong sehingga apa yang dilakukan serba tidak kena dan tidak bermakna. Saya berasa terlalu rendah diri dan banyak kekurangan dan tidak cantik pada mata masyarakat.
Saya juga mengalami perasaan bimbang dan risau yang melampau sehingga sukar tidur malam dan gugup untuk membuat sebarang persembahan di khalayak ramai.
Bolehkah puan memberi panduan menangani masalah ini supaya saya dapat menikmati hidup lebih bermakna dan mempunyai keyakinan diri. Apakah doa harian yang boleh saya amalkan?
Syerry
JAWAPAN:
Langkah pertama membangunkan keyakinan diri ialah memberi perhatian keadaan diri lahir dan batin. Kebersihan jiwa terlihat daripada kebersihan pakaian. Satu hal yang anda harus yakini daripada pendapat bijak pandai, "orang yang bajunya kotor, maka jiwanya pun kelabu"
Begitulah penilaian orang terhadap penampilan fizikal. Ini bermakna untuk membangunkan personaliti yang hebat harus diberi perhatian serius bagaimana kebersihan fizikal anda, yang meliputi muka dan air muka, mata termasuk mengurus pandangan mata dan bibir termasuk membentuk kata-kata. Selain itu, tampilkan kemahiran mengurus komunikasi lisan anda.
Jika minda negatif, tidak akan terhasil ayat dan penampilan yang positif kerana jika minda negatif maka emosi akan turut negatif. Hasil gabungan elemen negatif ini akan tampil tingkah laku negatif. Menurut kajian, ramai orang menjadi bingung hingga hilang keyakinan bermula dari pakaian yang kotor, penampilan berubah-ubah, pejabat dan tempat kerja serabut, sampah bertaburan, banyak janji tidak tertunai atau program harian kacau bilau dan tidak terurus.
Anda tidak akan membina keyakinan hasil daripada keadaan ini kerana alam ini diciptakan oleh Allah dalam keadaan sangat teratur dan bersistem. Ini bermakna manusia harus menyedari hakikat orang yang benar-benar beragama itu diutus ke bumi untuk membina kehidupan hamba yang penuh peraturan dan disiplin. Sama ada mereka orang besar atau orang kecil, kaya atau miskin. Kemudian mulakan mengatur jadual masa untuk membaca, masa untuk bekerja dan masa untuk ibadah khusus dan ada waktu untuk istirahat.
Sesudah itu lihat pesanan Allah melalui hadis Al-Bukhari yang berbunyi "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan". Ini bermakna Allah mencintai keindahan, yang bermula dengan keindahan fizikal, muka dan kebersihan diri, indah perlakuan, indah pertuturan dan indah budi pekerti lalu diikuti indah ibadah dengan manusia dan indah ibadah dengan Allah, serta menjaga indah dalam semua gerak geri seharian. Keindahan yang dimaksudkan bukan keindahan bermusim atau pura-pura. Keindahan itu mesti jadi pakaian harian yang lekat pada pemakainya.
Menurut ahli psikologi, orang yang kemas akan kelihatan tenang, pertuturan dan air muka jernih, yang baik menjadi daya tarikan pertama memulakan hubungan dan membuat pemiliknya memperoleh keyakinan diri yang berkekalan. Dalam hadis yang lain dipesankan "Berhiaslah sehingga kalian seakan-akan laksana tahi lalat pada mata manusia" ini bermakna anda kelihatan jadi penyeri di mana saja anda berada.
Jika ini dapat dibina melalui penambahan ilmu, memilih insan contoh yang dapat diteladani seperti pekerti dan gaya penampilan, Rasulullah SAW dan isteri-isteri baginda serta tokoh lain yang sesuai dengan pilihan anda. Namun langkah paling penting ialah kesediaan membuat perubahan. Sebab itu yakinlah pesanan dari (QS Al-Hijr:21) yang bermaksud "Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu" ini janji Allah , apa yang anda buat Allah akan berikan mengikut usaha yang anda lakukan.
Maka yakinlah yang anda mahu berubah dan sedang berusaha mengubah diri kepada yang positif dengan izin Allah.
dari laman web http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20090207145106/Article/index_html(dilihat pada 25 feb 09)
contact lense


Assalamualaikum sume....kat sini aku nk kongsi pasal contact lense nie....ada macam2 org citer...aku ni pun boleh la kita contact lense user...hope artikel ni membantu korang sume pasal lense3 ni...awal sem dulu...ada la hamba Allah nie bg tau aku yg contact lense warna @ cosmetic lense ni haram kalo pakai....dia kata mengubah kejadian tuhan...ng la komen korang.....n aku ada jumpa satu artikel nie agak menarik untuk kita islam nie.....sah ke pakai lense ni utk solat....mari kita baca artikel nie:
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Sahkah wuduk dan sembahyang jika kita memakai kanta lekap?
JAWAPAN:Wuduk dan sembahyang orang yang memakai kanta lekap adalah sah. Ini kerana kanta lekap itu di letakkan di dalam mata, sedangkan ruang dalam mata tidak termasuk kawasan wuduk. Allah s.w.t. berfirman di dalam menetapkan anggota wuduk dalam firman yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki. (al-Maidah: 6).
Mungkin kekeliruan timbul apabila muka termasuk dalam anggota wuduk sedangkan mata tempatnya di muka. Walaupun mata tempatnya di muka, ini tidaklah bermaksud kawasan dalam mata itu termasuk anggota wuduk. Air hanya perlu sampai ke kawasan kelopak mata bukannya ke dalam mata.
ARHHH Pening
HOPE X BZ MINGGU NIE...

Hye...! minggu yg letih...
wahh..wahh..wahh...akhirnya habis jugak..azab siksa buat report nie...huhuhuh
minggu lepas...satu minggu yg mencabar sabgat... dgn test n mcm...x caye....ni aku bg tau jadual aku yg ada dalam organizer tu...isnin-test bahasa jepun(susah la bahasa nie...x de maknanyer nk pahan dengan bahasa nie)..rabu-test CTU(bahasa lainnyer tajuk perhubungan etnik...ni lg penung kepala...sepatah ape pun x paham....ape ker motifnyer aku kena belajar subjek ni pun x tau) khamis-presentatin BEL(ni kena speking la...ketar kaki lutut aku...takut oooo) jumaat-pagi dia ada presentation CREATIVE TINGKING...nasib baik batal...huhuhu...petang dia pulak...present lg....present aper...yg kat atas tu la tajuk dia...huuhuhhu
Hepy ka kot2 kat Shah Alam nie...


